Ayahpin

Ayah Pin, the most Honourable Man.He brings peace and love to us in the world. Teach us about human rights and respects to religions of the world. Before he left in missing, he said to us; "LIVE IN PEACE, NO FIGHT, LET THEM DEMOLISH OR TEAR DOWN OUR PLACE, THEY WILL SEE THEIR OWN CRUELTY WHEN TIME COMES". I have missed him.I know DISASTERS are so close to hit Malaysia for their sins. "JEREBU" is just a STARTER, don't panic..., as more attacks will come..when you never realise..it happens!!

Name:
Location: Terengganu, Malaysia

We are the supporters and friends to Ayah Pin. We respect his ideology to educate moslems people in Malaysia and the world. To teach Moslems to respect the people's right and not to take the law into their own hands like Talibans..We hate Talibans and the people who supporting them....

Tuesday, August 09, 2005

Kebenaran Yang Dibawa Ayah

SEKILAS RENUNGAN

Aku ingin menyampaikan sebuah kisah benar yang aku pasti kalian akan bacainya sehingga tamat kandungan mesej ini.

Aku dan teman-temanku tidak diberi peluang untuk kami mengumumkan kepada kalian tentang ajaran Ayah Pin yang suci. Tidak ada peluang untuk kami ceritakan malah “statement” kami pun tidak ditayang di TV.
Kami juga tidak diberi peluang untuk berdialog secara aman dengan mereka yang “berkuasa” sebaliknya kami ditindas secara kekerasan oleh Majlis Agama Islam Malaysia yang diketuai oleh Abdullah Md Zin. Mereka bukan saja menindas kami seperti ganasnya kumpulan taliban malah langsung tidak mencerminkan watak Islam di Malaysia.

Buat Kalian Semua,

Ayah Pin yang aku kenali merupakan seorang lelaki misteri yang tidak bisa dimengertikan dari soal perwatakan dan keilmuan yang dimilikinya.
Ayah Pin yang aku kenali selama 9 tahun lamanya sentiasa menjadi suatu ingatan yang tersangat berharga dalam hidupku dengan apa yang aku miliki dari kebaikan hatinya yang berkorban diri menegakkan satu landasan baru untuk manusia renungi.
Ayah Pin yang aku kenali secara zahir tersangat berbeza dari segala perguruan dan keilmuan yang ada di atas cakerawala ini.
Dan Ayah Pin yang aku kenali secara ghaib juga telah menyingkap satu sejarah moden yang pasti mengelirukan manusia yang tidak bisa sampai akal fikir untuk menyaksi dan mengetahui rahsia alam.

Apa pun tohmahan, fitnah dan fatwa yang telah diisyhtiharkan keatas beliau, aku pasti mereka ini tidak punya petunjuk walau dalam satu mimpi yang bisa menyingkap sinar cahaya hati untuk cuba mengupas apa yang Ayah Pin miliki dan war-warkan.

Aku punya alasan yang kukuh untuk aku beritakan kepada manusia agar manusia tidak dalam kerugian yang nyata kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh.
Aku juga punya hak untuk bersuara secara bebas untuk aku khabarkan kepada dunia akan wujudnya seorang manusia yang sangat sempurna dan perlu diberi perlindungan yang secukupnya agar apa yang cuba diberitakan kepada kita bisa menjadi suatu pedoman dunia akhir zaman. Aku juga punya kebebasan untuk berfikir dan mempercayai sesuatu yang wujud dalam hati sanubariku dan aku punya hak untuk menyebarkan ilmu ini sebagaimana hak pejuang-pejuang agama tedahulu miliki.

Justeru itu, aku mengambil kesempatan ini untuk sampaikan kepada manusia tentang ilmu ghaib dan kerajaan langit yang tidak bisa dikupas oleh manusia biasa akhir zaman.
Dialah Ayah Pin, seorang yang sederhana berwatakan kampung, tidak memiliki harta, tidak memiliki rumah , cuma mempunyai empat isteri yang setia.

Dalam hidup ini, aku sedang mencipta sejarah bagi diriku samada secara disedari ataupun tidak. Itulah yang Ayah Pin acapkali katakan tentang sejarah diri yang perlu kami hadirkan dan tidak hanya berpegang cerita kepada sejarah orang lain termasuk sejarah kitab-kitab samada ianya Al-Quran, Bible atau RigVeda.

Sejarah kitab sudah lama berlalu dan ianya tidak ditulis dan dirakam ketika itu, tetapi ia wujud 100 tahun kemudian atau berabad kemudian dan sejarah itu pun dibukukan. Begitu juga sejarah Ayah Pin, ia mungkin tidak dirakamkan oleh mana-mana pengikutnya, tetapi aku cuba engkar, tidak akan mengulangi sejarah lama supaya cerita yang sebenar bisa terus sampai ke telinga pendengar di waktu ini , ketika beliau masih bernafas di muka bumi.

Aku bukan seorang yang taksub, juga bukan seorang fanatik akan ajarannya. Aku punya tanggungjawab untuk bangun dan bersuara bagi pihak minoriti di bumi Malaysia yang mempunyai kepercayaan yang tidak diketahui umum.

KEFAHAMAN AKU

Aku cuma manusia biasa yang penah belajar agama Islam sejak kecil malah kedua ibu-bapaku juga seorang pengikut ABIM dan Tabligh dan Arqam dan berbagai lagi. Aku tidak pernah mendengar radio dan muzik sejak aku kecil hingga bersekolah rendah. Radio dan TV telah diharamkan dirumahku oleh ayah , seorang alim ulamak yang disegani dikawasan itu. Aku seorang yang cukup sempurna dengan didikan Islam malah bersekolah asrama penuh dengan pelbagai sembahyang yang perlu dibuat sejak awal subuh hingga tengah malam.

Aku juga tidak pernah tinggal puasa walau sehari sejak dari umur 4 tahun lagi dan mengikuti urusan dakwah Islamiah sejak di bangku sekolah lagi. Aku seorang yang sangat mengetahui kelemahan ajaran Islam yang di ajar oleh tok imam di masjid dan guru-guru agama hinggakan aku digelar “tok guru” dikalangan teman-temanku kerana memiliki keistimewaan menterjemah dan mengupas Al-Quran.

Aku punya pemikiran yang luas dan terperinci dalam soal hati dan kepercayaan. Aku tidak mengikut apa yang diikuti manusia lain tanpa mengetahui tujuan dan maksud agama itu sendiri. Aku sudah besar untuk mencari bukti kenapa aku perlu menjadi Islam dan tidak agama lain. Aku juga sudah besar untuk mendapat kebebasan mencari ilmu walau ke negeri China. Aku mencari dan mencari di segenap pelusuk bumi dengan adanya alat internet yang canggih, aku bisa mendalami pelbagai ilmu yang ada diatas bumi ini.

Aku mendalami riwayat Syeikh Abdul Qadir Jailan dan Rabiatul Adawiyah. Aku mencungkil kesedaran cakra diri semasa aku di Monastry Nanasampanno dan aku mendalami sejarah Sai Baba, Buddha, Siva dari keluarga ku yang beragama Hindu di Bali. Aku juga tidak lepas mengikuti ajaran “many paths one God” dari Eckankar dan aku menghormati cara bermeditasi dan “self consciousness” Dalai Lama yang aku perolehi dari sahabat ku yang berbangsa cina. Aku juga mencampuri pelbagai tarikat seperti Nasybandiah, Ahmadiah dan pelbagai lagi untuk aku tahu dimana persamaan dan kebenaran ilmu hakiki.

Aku tidak gentar untuk mendalami ilmu agar aku punya alasan yang kukuh untuk aku katakan kepada Tuhan bahawasanya aku sudah sampai kesegenap pelusuk dunia mencariMu Tuhan….dan inilah keputusan ku…

Aku tidak mahu ketinggalan dan hidup dalam kerugian seperti kalian semua. Aku tidak mahu berpegang kepada ajaran nenek moyang yang sudah 1500 tahun berlalu tanpa aku menyaksikan kebenarannya. Aku juga tidak mahu mengikut dan beramal tanpa aku mengetahui dunia disebalik mata, dunia ghaib yang perlu menjadi tunjang rukun iman. Aku perlu mencari jawapan yang pasti bagi semua persoalan ini. Tidak salah untuk aku berguru, tidak salah untuk aku mempercayai apa yang aku percaya dan tidak menyembah apa yang kamu sembah.

Aku punya hak asasi untuk melakukan ini semua terutama dizaman moden yang serba canggih. Andai kebebasan ini tidak ada, sudah terbukti negara ini sudah termasuk didalam negara zaman jahiliah, dan tidak ubah seperti zaman firaun dan zaman namrud yang menyekat kebebasan beragama dan kepercayaan melainkan dibenarkan berpegang kepada ajaran nenek moyang yang telah lama terpesong dari jalan yang sebenar.


KEKUATAN ISLAM HARI INI

Aku disini bukan untuk menyoal jalan siapa yang sesat dan terpesong. Tetapi aku disini untuk mengkhabarkan sejarah yang baru bermula.

Aku tidak akan berdebat ilmu yang kamu hafal dan baca dari kitab-kitab. Tetapi aku akan bongkarkan ilmu ghaib yang kamu tidak bisa melihat dan merasa. Aku sangat yakin, umat Islam diseluruh dunia sudah kehilangan 80% kekuatan ghaib yang menjadi pedoman hidup. Aku juga yakin umat Islam sudah kehilangan watak Islam sebenar walau punya ijazah Al-Azhar setinggi gunung. Aku sangat yakin umat Islam beramal dan bersembahyang kerana sudah menjadi Budaya dan Tradisi dan bukan amalan sebenar.

Maka itu, aku ingin khabarkan berita gembira dan berita takut untuk kamu dengar pada hari ini. Tahukah kamu, apa itu Rijallulghaib ? Tahukah kamu tentang kerajaan langit? Tahukah kamu siapa Tuhanmu?
Ada yang berkata, “cukuplah untuk kami bernaung dibawah kerajaan bumi” seperti skrip yang disebut dalam NTV7 edisi siasat. Tahukah kamu beriman kepada yang ghaib itu adalah rukun iman?
Sungguh bahalul skrip yang dilafazkan itu seolah-olah ghaib ini tidak penting maka tidak Islamlah kalian semua jika tidak percaya benda yang ghaib. Bukankah Quran itu ghaib, rasul itu ghaib, malaikat itu ghaib dan Tuhan itu ghaib?

Kerajaan bumi adalah cermin kerajaan langit. Apa yang dimiliki oleh orang bumi adalah ilham dari orang langit.Andai bumi punya satelit, langit juga punya satelit yang jauh lebih canggih dari bumi. Andai bumi punya komputer, langit juga punya alatan rakaman dan alat tulis yang lebih sofistikated.
Pernahkah manusia berfikir? Atau manusia fikirkan kepandaian mereka adalah ilham sendiri dan ciptaan sendiri?

Bagaimana Tuhan menghantar petunjuk kepada manusia untuk memudahkan Dia menjatuhkan hukuman dengan segera? Bisakah Dia menurunkan orang langit untuk menguji kita semua? Adakah Tuhan tidak mampu melakukan sedemikian?
Kalau Dia mahu diriNya menjadi penguji manusia, mampukah Dia mewujudkan diriNya menjadi manusia?

Kedengaran suara sumbang yang mengatakan, “Tuhan tidak mungkin menyerupai manusia untuk menguji manusia”, maka mungkinkah Tuhan bisa turun ke bumi dengan kebesaranNya dan DaulatNya? Ada yang berkata, “ Ya, Tuhan akan turun dengan Kebesaran dan DaulatNya bersama tanda-tanda dilangit dan di bumi”. Jika begitu besar Daulat dan KebesaranNya, bukankah mudah untuk manusia mengikutiNya? Bukankah mudah manusia mempercayaiNya? Dan bukankah mudah bagi manusia masuk ke syurgaNya?
Andainya begitu mudah untuk mengenali Tuhan dan Kerajaan langit, apakah tujuannya Dia mengurniakan kita akal fikir dan mencipta syurga dan neraka?

Tuhan itu Maha Adil. Di akhir zaman, cuma ada dua perkara yang boleh dipegang manusia untuk selamat dunia akhirat. Pertama, petunjuk dari Tuhan yang Esa dan kedua, ilmu hakiki yang tidak mampu dikupas oleh akal fikir manusia.
Itu senjata Tuhan. Andai manusia punya kelebihan untuk mengetahui rahsia sekelian alam ghaib dan kerajaanNya , nescaya hilang Daulat dan Kebesaran Tuhan yang memegang rahsia ciptaanNya sendiri.

Dapatkah kamu fikir bagaimana seseorang itu adalah lantikan Tuhan? Dari wataknya yang alim atau kebijaksanaannya atau kekayaannya atau pengakuannya atau keramatnya atau ilmunya?
Bagaimana manusia biasa dapat menyingkap rahsia darjat dan makam dengan terperinci sekali? Mampukah manusia yang tiada lantikan dan mohor Tuhan bisa membawa berita perihal tugas-tugasan kerajaan langit? Bisakah manusia biasa dapat mengetahui tempat-tempat turunnya ayat-ayat Tuhan , tafsiran ayat tersebut dan sejarahnya yang berkaitan dari sebelum adanya dunia sehingga akhir zaman?

Bagaimana manusia biasa ini dapat mereka-reka cerita karut sebegini dengan begitu telus dan halus sekali? Bagaimana manusia biasa ini dapat menerima wahyu dan menerokai alam ghaib dengan begitu kerap sekali? Bagaimana manusia yang tidak bersekolah begitu mahir dalam soal undang-undang Tuhan dan hak asasi kemanusiaan?

Sehinggakan pengikutnya tidak langsung bersifat ganas, taliban dan militant seperti yang diduga oleh ramai rakyat Malaysia? Sehinggakan pengikutnya amat tenang dalam menerima ujian dan pencerobohan hak asasi mereka? Sehinggakan pengikutnya sangat bersabar dan tiada rasa amarah dalam diri ? Malah telah membuktikan kepada dunia bahawasanya pengikut Ayah Pin adalah Islam yang sebenar, mengampuni kesalahan manusia yang menzalimi mereka dengan tiada dendam dihati. Itulah yang Ayah Pin semaikan di jiwa kami dan itulah ajaran yang dibawanya selama ini.

Mampukah kalian berdiam diri dan mengampuni kezaliman orang lain andainya masjid kalian dibakar, andainya gereja diroboh dan andainya kuil dibinasa? Adakah diantara kalian yang mampu melihat pencerobohan berlaku di tempat suci dengan senyuman dibibir?
Dapatkah dunia sekarang mampu menjadi seperti pengikut Ayah Pin ketika tempat suci diroboh, anak-anak kecil disumbat ke penjara bersama ibu-ibu dan tanah milik sendiri dirampas orang? Mampukah kalian tidak mengganas dan mengampuni kezaliman manusia dengan tidak berbalas dendam?

Jika tidak mampu berbuat demikian, nescaya kalianlah antara manusia yang menzalimi diri sendiri dan tidak mahu berubah untuk mencari sinar didalam jiwa yang kegelapan.

Andai Tuhan ingin menguji manusia diakhir zaman , Dia sendiri yang akan menjelma turun kedunia ketika hati manusia dipenuhi hasad dengki, khianat dan sudah berpaling dari Dia yang satu. Ketika itu, manusia yang tiada petunjuk adalah mereka dari kalangan alim ulamak yang bertopengkan ajaran nenek moyang yang dianggap benar dimata manusia jahil. Maka , disitulah terletak neraka dan syurga Tuhan untuk menempatkan manusia yang engkar dan manusia yang benar.

Keputusan itu ditangan manusia! Manusia yang menentukan jalannya. Cuma ada dua jalan yang boleh dipilih, jalan iblis dan jalan tuhan.

Andai kewujudan Tuhan itu tidak diketahui manusia, maka tidaklah adil Tuhan untuk menghukum manusia yang tidak mengetahui tentangNya walau secara ghaib dan nyata.
Andai kewujudan Tuhan tidak disebarkan kepelusuk dunia, maka tidak boleh Tuhan menjatuhkan hukuman neraka bagi mereka yang engkar sujud padaNya.

Tetapi, andai kewujudan Tuhan sudah sampai ke pendengaran manusia diseluruh dunia, maka manusia tidak mempercayaiNya lalu menghinaNya, sudah pasti itu adalah tanda-tanda besar dunia akan kiamat dengan segala Kebesaran dan KedaulatanNya.
Mudah bagi Tuhan untuk menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan dan tiada ikat jamin akan dibenarkan dari mana-mana rasul yang mempunyai rekod kalian walau setinggi mana lesen syafaat yang dimiliki oleh rasul-rasul tersebut. Bukankah keputusan Hakim dimahkamah kerajaan langit itu milik Tuhan?

Tuhan bisa menjadikan manusia yang bijak dan hidup dizaman moden untuk menyalin (“copy cat”) semula sejarah zaman jahiliah dengan meniru sistem pemerintahan yang zalim , penuh dengan permainan politik, rasuah , ganas, berbunuh-bunuhan dan bermegah-megahan dengan kekuatan mereka dengan menzalimi kaum yang membawa kebenaran tanpa disedari dan tidak terfikir. Mereka merasakan seakan bodoh untuk mempercayai hal-hal karut dan berita yang tidak dapat diterima oleh akal fikir lantas, hati mereka pantas membuat keputusan muktamad untuk tidak mengkaji dan memikirkannya, maka demi masa sesungguhnya merekalah manusia yang benar-benar sesat dan hidup dalam kerugian!

UNDANG-UNDANG KEHAKIMAN TUHAN

Pernahkah kalian mendengar tentang undang-undang kehakiman nyawa manusia?Atau kalian tidak percaya adanya pengiraan pembalasan di kerajaan langit?
Ada suara berkata, “ Memanglah ada pembalasan, tetapi untuk orang Islam , walau sejahat manapun mereka tetap akan masuk syurga akhirnya”. Ada pula suara berkata, “ sesiapa yang percayakan Isa al –maseh, maka mereka tetap akan masuk syurga Bapa”.

Bagaimana dengan undang-undang kehakiman Tuhan di arasy? Tiada siapakah yang bisa mengetahui bagaimana ia dilaksanakan? Adakah hanya dengan berpegang kepada agama tertentu, maka terhapus segala dosa yang telah direkod kan? Atau pembalasan neraka diberi kemudian diangkat semula setelah cuci segala dosa dan meletakkan semula di syurga?

Cerita-cerita al-kitab nabi terdahulu tidak menyebut soal kehakiman dan undang-undang Tuhan secara terperinci. Malah tiada rasul manapun yang mampu menyingkap perihal rahsia undang-undang Tuhan kerana mereka hanya memiliki keistimewaan darjat nabi dan rasul yang hanya mengetahui rahsia amalan dan jalan untuk menemui Tuhan tetapi tidak belajar untuk menjatuhkan hukuman atau bagaimana untuk menjalani sesi perbicaraan kes keatas roh manusia yang mempunyai rekod amalan.

Bagaimana pula manusia yang tiada rekod amalan? Dimanakah mereka ini berada setelah mati? Ada suara berkata, “ semua roh akan berada di alam barzakh menunggu hari pembalasan”.Ada pula suara berkata, “ semua roh yang baik akan naik terus ke syurga dan yang jahat akan ke neraka”.

Adakah manusia sahaja yang mempunyai undang-undang mahkamah dengan begitu sistematik dan teratur dibumi tetapi tidak pernah terfikir bagaimana Tuhan melaksanakan perbicaraan kes keatas roh manusia di kerajaan langit?
Atau Tuhan tidak mampu untuk mengadakan undang-undang yang lebih canggih dari manusia dibumi? Adakah kes perbicaraan rekod amalan manusia itu cukup dengan soal siasat dari mungkar dan nangkir atau dari malaikat sahaja?

Lantas, aku rasa terpanggil untuk menyingkap rahsia ini yang aku perolehi dari amalan dan petunjuk aku dengan didikan dan tunjuk ajar yang penuh kasih sayang dari seorang pemimpin yang aku segani didunia, Ayah Pin.

RAHSIA KEHAKIMAN TUHAN

Roh manusia ini akan di bahagikan kepada tiga golongan. Satu, roh jahat yang akan kembali kepada kerajaan iblis , kedua roh yang mempunyai rekod amalan untuk dihitung dan dihadap ke mahkamah Tuhan dan ketiga roh yang tidak dapat kembali kepada kerajaan langit .

Kalian jarang mendengar ilmu sebegini? Atau ilmu ini tidak pernah tertulis didalam kitab? Sememangnya berita ini ada disebut didalam kitab-kitab tetapi tidak diperincikan.
Ramai manusia yang masih hidup dan yang telah mati, tidak memiliki kerakyatan kerajaan langit. Adakah mereka ini akan dihitung kesalahan dan kebaikan?

Apakah mereka ini akan selama-lamanya tidak dapat kembali kepada Tuhan?
Siapakah yang akan menyelamatkan dan menyediakan kerakyatan bagi mereka ini?
Andai mereka sempat mengenali roh sendiri dan tempat yang bakal dihantar kelak, nescaya mereka akan beramal dan memohon kepada kuasa yang dapat menjamin roh kembali kepada kerajaan langit.

Adakah kalian pasti sudah punya rekod amalan sendiri? Bila pula rekod amalan kalian akan dihitung ? Atau ia tidak akan dibuka sehingga hari pembalasan?
Dapatkah kalian mengetahui status rekod amalan sendiri? Dapatkah manusia itu kehilangan rekod amalan atau rekod amalan mereka dibekukan? Adakah ini tidak masuk akal logik kalian? Apakah Tuhan itu tidak mampu melaksanakan sistem perundanganNya yang diluar jangkaan manusia?.

Dapatkah manusia itu “appeal” laporan kesalahan yang dikenakan keatas mereka kepada mahkamah Tuhan? Bagaimana kesalahan ini dibicarakan? Siapakah yang menjadi pendakwaraya dan siapakah yang menjadi peguambela ?

Dimana letaknya syurga dan neraka? Manusia yang cintakan Tuhannya tidak akan mengira-ngira destinasinya dan tidak akan menghala segala amalannya untuk pembalasan syurga semata-mata. Manusia seperti kalian adalah manusia yang hidup dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh dan yang beriman.

Andai manusia tahu apa yang akan berlaku selepas mati, nescaya manusia tidak akan sombong dan bongkak dengan kekuasaan didunia yang bersifat sementara. Sudah pasti mereka akan berusaha untuk mengenali diri sendiri untuk mengenali Tuhan yang Maha Adil.

Manusia zaman moden ini rupanya takut dengan ilmu baru yang disebarkan, takutkan “syirik” jika mempercayai dan takutkan “terpesong” dari ajaran nenek moyang yang sebenar. Perkataan “takut” bagi manusia cerdik yang hidup dizaman sains dan teknologi tidak ubah seperti “takut” yan dirasai oleh manusia dizaman jahiliah dan zaman firaun dahulu.
Malah perangai manusia tidak akan berubah sehingga ke akhir zaman walau berabad lamanya manusia hidup dibumi, masih tetap ada “takut”dan “tidak percaya” seperti dahulu. Walau dalam soal lain, mereka “berani” tetapi dalam soal kepercayaan hanya segelintir manusia yang “berani” percaya kerana benar.

Apakah Tuhan itu tidak punya sistem perundangan yang mengambil kira semua kaum dan kepercayaan manusia? Adakah Tuhan itu cuma ada pembalasan neraka bagi yang engkar kepada agama Islam atau Kristian?
Apakah Tuhan itu yang melakukan semua pekerjaan termasuk menghitung amalan setiap manusia? Apakah Tuhan itu bersendirian di kerajaan langit?
Ada suara berkata, “ Ya, Tuhan itu Maha Berkuasa dan Dia Maha menjadikan segala sesuatu”. Bagaimana Tuhan itu berkuasa? Bukankah “kuasa” itu ada pangkat dan darjatnya? Bukankah “pangkat” itu mengesahkan kuasa dan statutory?
Maka, “pangkat” apakah yang Tuhan sandang untuk melaksanakan “kuasa” perundangan dan kehakiman?
Adakah manusia sahaja yang punya “pangkat” dan “kuasa” untuk melaksanakan tugas-tugas seperti guru, polisi, pendakwaraya, hakim dan perdana menteri? Bagaimana pula adanya pangkat dan kuasa di kerajaan langit? Adakah kerajaan bumi lebih teratur dari kerajaan langit?


RAHSIA PANGKAT DAN DARJAT

Sistem pelajaran dunia adalah mengikut tahap dan peringkat. Bagi setiap tahap yang lulus akan dianugerahkan sijil kelulusan dengan cop rasmi jabatan. Ketinggian tahap pelajaran mencerminkan kelebihan kita untuk bertugas dimana-mana pejabat kerajaan atau syarikat swasta. Bukankah “method” ini sangat teratur untuk orang bumi mengikutinya? Apakah nabi dan rasul tidak melalui method yang sama sebelum dilantik bertugas dikerajaan Tuhan?

Ada suara berkata,”Isa al-maseh sudah dilantik menjadi utusan Tuhan sejak dari lahir”. Apakah Isa al-maseh tidak diajar oleh guru yang bertauliah untuk mengetahui hal-hal ghaib dan kerajaan Tuhan? Apakah dia terus sahaja mengetahui segala sesuatu tanpa mempelajarinya? Atau dia terus menjadi lantikan Tuhan tanpa diluluskan oleh kerajaan Tuhan sendiri?

Apa bezanya jika Tuhan sendiri yang turun memerintah bumi? Adakah Dia juga terpaksa melalui method kelulusan yang sama? Bagaimana mungkin Dia menurunkan darjatnya menjadi manusia dan biar dihina oleh manusia ciptaanNya sendiri?
Adakah semua ini tak mungkin berlaku? Dimana letaknya keadilan kepada manusia akhir zaman andai tiada pemimipin yang dilantik untuk membimbing manusia yang sudah berabad lama tersesat? Cukupkah kita menjalani pegangan agama dengan sekadar membaca kitab-kitab yang ditulis 2000 tahun dahulu?

Mampukah manusia akhir zaman ini memperolehi ketinggian tahap pelajaran dikerajaan Tuhan melebihi segala rasul yang ada? Sedangkan manusia akhir zaman mampu mencipta alatan canggih melebihi kepandaian manusia zaman dahulu?
Mengikut sejarah pun, setiap rasul Tuhan yang terpilih menduduki pangkat yang lebih tinggi dari abad ke abad yang baru. Malah ilmu yang dibawanya lebih sempurna dari abad ke abad yang baru.

Andai manusia bumi bisa mempunyai sistem kabinet kerajaan dan kerusi-kerusi yang diduduki oleh orang-orang penting kerajaan, masakan kerajaan langit tidak bisa mempunyai sistem kabinet yang lebih sempurna?
Bagaimana kerusi-kerusi dikabinet kita diduduki oleh orang-orang penting hasil dari “vote” yang dimenanginya ketika bertanding, demikianlah yang berlaku di kabinet kerajaan langit dimana kerusi-kerusinya telah disandang oleh pemimpin penting yang telah memenangi “vote” kerajaan Tuhan ketika bertanding.

Adakah semua ini tidak masuk akal kalian? Bukankah Kerajaan Tuhan itu terdiri dari Tuhan, Rasul, Nabi dan Malaikat? Dimanakah mereka semua? Adakah mereka ini bersenang-senang disyurga dan membiarkan Tuhan menjaga langit dan bumi sendirian?

Ingin aku sampaikan satu cerita. Andai kamu mencipta sebuah negeri yang baru, maka kamulah raja dan panglima yang akan menjaga negeri tersebut.
Andai negeri kamu membangun dan mahsyur, maka kamu akan melantik panglima-panglima yang berkelayakan untuk menjaga negeri tersebut. Atau adakah kamu akan menjaga dan menghitung rakyat dengan sendirian tanpa ada sistem pemerintahan yang sempurna? Atau adakah kamu akan menyimpan panglima-panglima yang telah dikurniakan pangkat dan kebesaran didalam “waiting list” sehingga saat kamu menghitung hari terakhir zaman pemeritahanmu?
Nescaya kamu adalah raja yang bodoh!. Tuhan itu tidak akan menyimpan segala nabi dan rasul didalam “waiting list” sehingga menunggu hari pembalasan, malah Dia akan menggunakan mereka ini sebagai petugas-petugasNya yang turun naik bumi untuk memberi petunjuk dan ujian kepada manusia.

Maka, pernahkah kamu kenali petugas-petugas Tuhan ini dalam sembahyangmu, wiridmu dan kehidupanmu seharian? Bukankah mereka ini petugas yang bertugas siang dan malam, masakan kamu tidak ambil endah akan perkara penting sebegini?
Apakah tujuan kamu hidup didunia? Untuk mencari jalan pulang kepada kerajaan Tuhan atau mencari jalan mudah dalam hidup dengan berpandukan kitab-kitab yand disajikan manusia zaman dahulu?

Lantas, ramai manusia bumi, rohnya tidak dapat pulang ke langit. Bagaimana mahu pulang ke langit sedangkan langit itu milik kerajaan Tuhan? Jadi, apakah yang kalian tahu tentang kerakyatan kerajaan langit?
Adakah nabi dan rasul kalian ada menyebut tentang kerakyatan kerajaan Tuhan?
Ada suara berkata, “ Jika kami umat Muhammad, maka kami secara automatis menjadi rakyat kerajaan Tuhan” dan ada suara berkata , “ Jika kami mempercayai anak Tuhan, maka kami automatis menjadi anak –anak Bapa”.

Begitu mudah? Bagaimana mudahnya kamu yang berpindah ke Amerika dan memohon kad kerakyatan Amerika?
Ya, mohon kad hijau , isi maklumat dan hantar permohonan.
Begitu juga dengan kerajaan langit. Andai tiada permohonan dibuat semasa hidup kalian, nescaya tiada sesiapa pun di kerajaan langit yang akan mengeluarkan kad kerakyatan untuk kalian pulang ke kerajaan langit bila nyawa bercerai badan.
Bagaimana Muhamad bisa keluarkan kad kerakyatan sedangkan kerajaan langit itu milik Tuhan sepenuhnya dan bukan milik Rasul? Bagaimana pula Isa dapat mengesahkan kerakyatan kalian apabila borang permohonan tidak pernah diterimanya? Kepercayaan terhadap Isa atau Muhamad tidak akan membawa apa-apa erti tanpa kamu mengenali mereka secara peribadi dan nyata dan tidak dengan cerita-cerita kitab, umpama kata pepatah, kenal “nama” sahaja tetapi tidak kenal “tuannya”.

Tinggallah roh bergelimpangan di bumi, diantaranya dihantarnya roh ke bukit-bukit dan sungai. Ada yang menjadi wali dunia bagi roh yang baik dan ada juga yang menjadi iblis bagi roh yang jahat.
Tidak pernahkah kalian mendengar ilmu yang sebegini? Kalian punya hak untuk mendengar ilmu yang aku sampaikan dan aku tidak akan keluarkan cerita sesat untuk menghasut kalian, tetapi aku simpati kerana ramai manusia jahil merasakan dirinya alim tetapi kosong dari segi ilmu dan amalan ghaib.

PENUTUP

Umur ku masih muda, belum mencecah 30-an. Tapi ilmuku yang ada ini sudah cukup untuk aku kenali siapa diriku dan siapa Tuhanku.

Aku disini bukan untuk mengancam agama kalian, malah aku ingin menyatukan kalian semua kepada satu jalan yang sangat lurus dan suci. Aku punya peranan sebagai penyampai berita baik dan buruk dari kerajaan langit. Walau apapun keistimewaan aku, itu tidak menjadi persoalan. Tapi apa yang aku catatkan disini tidak langsung ada kaitan dengan arahan Ayah Pin.
Apa pun tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada Ayah Pin, pastinya sudah dia rasai sejak 20 tahun yang lalu. Ayah Pin sudah lama menyembunyikan dirinya yang sebenar. Wataknya dan hobinya agak mengelirukan manusia semua. Ini ujian bagi hati manusia yang cuba menelusi dirinya. Tiada siapa yang lebih mengenalinya melainkan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Beliau tidak menganggap dirinya perlu memihak kepada mana-mana agama walau diatas kad pengenalannya tertulis melayu dan Islam. Bagaimana boleh beliau keluar Islam dan murtad? Siapakah yang menurunkan hukuman murtad dan kafir? Adakah hukuman itu dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam atau Majlis Raja-raja? Atau Muhamad ? Bukankah hukuman kafir dan sesat itu hanya terletak ditangan Tuhan?

Yang pasti, Ayah Pin tidak mahu dirinya dikaitkan dengan mana-mana agama yang telah dibawa oleh para nabi dan rasul terdahulu. Yang pastinya beliau bukan ditugaskan untuk mengembangkan agama. Yang pastinya, beliau ini bertugas menyatukan semua agama di bawah naungan satu payung yang Maha Besar, Tuhan semesta alam.
Yang pastinya, beliau hanya membawa rahsia dan perkhabaran dunia ghaib dan perundangan Tuhan serta hak asasi roh manusia yang hidup kekal tiada mati untuk kita renungi dan rasai. Beliau seorang yang cerdik lagi bijaksana. Ilmunya tiada tolok banding walau puas aku menilai ilmu yang dibawa oleh tokoh-tokoh agama dunia yang lain.

Mungkinkah sejarah Tuhan sedang berulang semula? Kalau benar Tuhan pasti turun memerintah bumi, adakah Dia akan memilih diriNya dari kaum yang mempunyai sejarah agama atau kaum yang tidak mempunyai sejarah agama ?
Mungkinkah Dia memlih diriNya dari kaum yang semakin lenyap dan porak poranda seperti bangsa Arab dan Israel?. Atau Dia akan memilih kaum yang termuda seperti kaum melayu?
Segala kemungkinan bisa terjawab andai kalian punya petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa.
Sekian aku sudahi. Semoga Tuhan sekelian alam melindungi kami semua. AMIN…